XPDC Taman Negara P.Pinang...PUAS

Posted by oscar | Posted in | Posted on 6:18 AM

Salam. Sori sebab lambat upload, oscar bz ak bukak sekolah ni. Ni pun oscar upload sket dlu k. XPDC kali ni boleh dianggap yang terbaikla untuk tahun 2009 ni. 6hari 5 malam yang mencabar, memenatkan, tapi sangat menyeronokkan dan tenang. Cut the creap, kita start dari mula.


Hari pertama :
Asalnya pergi 7org, tp tiba2 Atul ada emergency case. Xpela, pergilah berenam. Oscar, Koject, Donat, Atie, Adek n Izati. Seawal pukul 7 kitorang dah kumpul kat busten Segamat, amik bas g KL.
Sampai kat Pudu, Cantiuez jemput and kitorang g umah dia. Sorang pun tak tau oscar nak bawa g umah dia.Kiki. G naik LRT n Putra LRT.




Amik LRT (Rapid KL) sampai Tmn Melati pastu mak n umi Cantiuez jemput. Sehari dok ctu. Lepak2, nyanyi. Makan tghhari dah mmg freela.Haha. Pastu kitorang siap sambut Harijadi Cantiuez n umie dia.

Ingat petang tu nakla g jenjalan Central Market. Tapi disebabkan hujan, kitorang pun stayla umah cantiuez jerk. Oscar masuk bilik sorang2,tidur..haha. Pastu kebetulan petang tu Malaysia vs Vietnam kat tv, apa lagi.Hihi. Kat hall bawah, geng2 senior. Kat hall atas geng2 junior. Gamat habis. Lagi plak diorang dapat geng baru..Apple, Aten, Zeti..lagila. Pukul 8.00malam, kitorang beredar.


Sebelum g KL sentral, sempat singgah KLCC bergambar. Huhu. Lawa KLCC lepas hujan.



Then, dah puas bergambar barulah gerak KL sentral.



Lebih kurang pukul sebelas gtula, train ke Butterworth pun sampai.Tu kira lewatla tu. Kitorang naik 2nd class. Tapi disebabkan duduk dekat dgn pintu gerabak, so sgt bisingla bunyinya n susah betul nak tido. Last2, kitorang pun main UNO.




Hari Kedua :
Kitorang tiba d Butterworth pukul 5.45pagi. Yang istimewanya Penang ni, pagi2 lagi dah ramai org. So buat keputusan g makan dulu kat warung. Makan nasi goreng kampung tu pagi2. Tokey kedai kata nasi lemak bungkus belum sampai. Maklumla, pagi sangat.



Agak2 dah cerah, dalam pukul 7 pagi, kitorang pun gerak g jeti. Ambil feri g Geogtown.



Akhirnya sampai juga kitorang di Pulau Pinang. Kukui. Daripada feri tu kitorang amik bas Rapid Penang. Yang bestnya bas tu free and pergi jela mana2 korang nak pergi sekitar bandar tanjung tu. Dan akhirnya kitorang buat keputusan ke KOMTAR, mercu tanda negeri P.Pinang.






Disebabkan awal sangat sampai, kedai satu pun belum bukak. Dengan muka penat sebab tak tidur dalam ketapi...main UNO, dipendekkan cerita kitorang pun terus ke Balik Pulau, check in hotel n tidur. Arh, leganya dapat tidur. Coz sangat mengantuk. Dah puas tidur, petangnya bangun kitorang gla jenjalan kat Balik Pulau. Xde apa pun,cuma sekadar pekan kecil sahaja macam Chaah. Malamnye, oscar lepak mamak, koject n donat g cc. Sempat lagi. Dak pompuan membuta.


a) Perjalanan ke Balik Pulau, sangat berliku-liku. Tapi permandangannya menarik. Silap tak bawa camera DLSR oscar.

b) Penginapan kitorang kat Balik Pulau. Upeh Inn. Murah dan selesa. Satu bilik ada 2 kuenn beds, ada astro, ada aircond. Okayla.




c) Jenjalan Balik Pulau, makan kat maple


d) Pasar Balik Pulau. Macambangunan korporat.

Malamnye di Balik Pulau, kitorang nak rehat puas-puas sebab esok barulah bermula pengembaraan yang sebenar. Jadi malam tu tak ke mana2. Sekadar open table, main kad...Happy Family lagi tu.Haha. Sape kalah kena minum air 3 gelas, one shoot je. Yang jadi mangsa Atie, Zeti n Oscar.


a) Open table. Zeti tengah telan air paip sebab kalah.Kukui.


b) Oscar muntah telan air one shoot.

Maka iniah yang berlaku sepanjang hari pertama dan kedua. Namun XPDC ini belum pun bermula. Ikuti sambungan oscar pada hari ke3 yang lebih mencabar. Start hari ketiga baru sume orang jadi sangat excited. So..nantikan.

Hari ketiga : Pengembaraan bermula..

Hari ke3 bajet nak bangun pagi, last2 kol sepuluh gak.Oscar yg paling lewat. Mcm baselah. Amik bas terus ke busten Balik Pulau untuk amik bas lain ke Teluk Bahang. Kitorang sarapan dulu. Boleh plak pagi2 tu makan nasi kerabu.Kiki. Dijadikan cerita, kitorang terlepas bas. Kena tunggu sejam setengah lagi. Apa lagi, kitorang pun jamming ar kat busten tu.Huhuhu


Tengahari tu kitorang pun jalan Teluk Bahang. Jalan dia dahlah cerun, pusing2. Adek muntah.Kiki. Dan setelah beberapa ketika, kitorang pun sampai di depan pejabat Taman Negara P.Pinang.



Pejabat Taman Negara n Pusat Editikrasi


Depan pintu masuk Taman Negara.

Sampai je, kitorang terus amik permit bermalam. Dan juga tiket untuk naik canopy walk..ala, jambatan gantung tu. Pastu kitorang tak terus masuk, jalan2 kat jeti Teluk Bahang dulu.




Dah bergambar kat jeti, kitorang naik plak kat Pusat Editikrasi.Ala...mcm muzium gtula. Lawatan sambil belajar.Kukui


...................a) Adek menjadi kapten termuda......b) Dia kata dia kenal Koject



Akhirnya, saat yang ditunggu2. Kitorang pun melangkah masuk ke Taman Negara P.Pinang menuju ke Sg.Tukun, tempat untuk menaiki canopy walk.



Selepas 20 minit tracking, akhirnya kitorang sampai gak kat Sg.Tukun. Perhh, baru sikit dah penat. Damainye dapat rasa oksigen hutan. Kat situ pun ada tapak kem juga n ada kolam mandi n surau yang selesa.
Kitorang pun lapor diri ak naik jambatan.Tapi dia xle naik ramai2, sorang2. Perh, naik sorang pun dah gayat.







Selepas bergayat kat canopy walk tu, kitorang pun bergerak merentasi belukar sejauh 4km. Perh, jaoh bukan main..memang penat. Oscar macam baselah kaki kejang.




Lebih kurang 2jam lebih, kitorang pun sampaila di Pantai Keracut. Sampai2 je punye teruja dengan keindahan Pantai Kerancut, terus campak semua beg terus melompat ke tepi pantai.



Petang tu xde buat apa, dirikan khemah pastu mandi n lepak2 je kat pantai. Masing2 bawak diri masing2, layan blues.Kiki




Malamnya kitorang lepak kat jeti je, memancing. Dengan angin yang sejuk memang best. Damai. Adek, zeti n atie siap boleh tido atas jeti tu.

Hari ke 4

Bangun pagi2 je nak tau ape kitorang buat? G mandi lautla.Hahaha. Best giler.
Air dia xmasin langsung.


To be cantinue..