Salam Techsmat Rovers kepada semua.Macam mana SPM? Hehe. Oscar ada beberapa kali naik sekolah, tengok2kan budak SPM tapi maybe tak sempat jumpa korang. Selamat Hari Raya Aidil Adha juga kepada semua. Di sini Oscar nak bagitau yang Oscar dalam kebuntuan tentang perkhemahan lepas SPM kerana
terlalu banyak pilihan dan juga halangan. Jadi Oscar senaraikan perkhemahan yang ada, korang pilihla ye. Ini sebagai menunaikan janji Oscar untuk membawa Techsmat Rovers ke perkhemahan terakhir macam yg Oscar cakap masa awal2 tahun dulu. So ini pilihannya :
- Asean Camp, Visit Batam 2010 (Kempori Muhibah Asean)RM300
- Perkhemahan 1 Malaysia (Kem Pengakap Melaka). Tempat korang Jamboree dulu.RM40
- Perkhemahan RM 10 (1hari 1 malam) kat Bekok.RM10
- Perkhemahan di Pulau Besar yang penuh misteri dan tinggalan sejarah.RM50-100
1. Asean Camp, Visit Batam 2010Yang ni gambar n butiran dia boleh tgk kat post sebelumnya. Masalahnya ialah penyertaan 10 orang yang bagi nama pasti nak g tu adalah perempuan. Takde laki. So mencabarla bagi Oscar. Keduanya, sampai sekarang kawan kat Batam bagitau Singapore
belum beri tarikh tetap coz kem tu Singapore yang uruskan.
RM 300 tu siap makan, hotel, feri dan juga pasport.2. Perkhemahan 1 Malaysia (Kem Pengakap Melaka)Dianjurkan oleh Pengakap Negeri Melaka. Tarikhnya
10-13 Dis ni. Dia lebih kepada lawatan sekitar Melaka, Unesco. Gambar tempat korang pun ada, kat Jamboree Melaka dulu.
RM 40 siap makan, yuran dan sijil. Khemah bawa sendiri.3. Perkhemahan Bekok (1 hari 1 malam)Oscar buat sendiri kalau dah xde sangat pilihan lain. Sangat simple dan sekejab jerk. Tarikh dia
pergi 10hb, balik petang 11hb tu. Takde tentatif, juz lepak2. Makan nasi ngan sambal ikan bilis, telur jerk. Haha. Tapi masalahnya generotor tu, entah boleh pinjam ke tak.
RM10 tu makan jerk. Pergi naik bas sendiri.4. Perkhemahan Terbuka Pulau Besar Melaka (3hari 2malam)Oscar anjurkan menggantikan perkhemahan di Pantai Linggi Melaka tu. Coz tempat ni lebih banyak tempat untuk dilawati. Tempat ni pantai sangat cantik. Juga penuh dgn misteri dan sejarah. Tinggalan2 masa perang dulu, hotel2 mewah yang terbiar, kubur2 pahlawan melaka dan sejarah kedatangan islam pertama di melaka. Oscar dah survey n sangat menarik. Kalu kita cukup 15orang, kita boleh sewa banglo mewah RM300 yang sangat best. Siap kolam mandi. Tapi kalu tak cukup ramai, boleh je sewa chalet2 murah kat situ. Atau ada tempat perkhemahan yang disediakan yang mana kita bebas buat unggun api. Feri ke situ dari Jeti Anjung Batu Melaka cuma RM15 pergi balik. So kalau ikut pengiraan Oscar, kalau tido khemah kosnye dalam
RM60 termasuk feri, sewa tapak khemah 3hari dan makan. Tapi dari rumah korang ke Melaka tak termasuk la.Kalau tido banglo (kalau lebih 15orang) kosnye dalam RM100 dan ke bawah. Kalau de budak vokay nak ikut, kita g
16-19hb. Kalu xde, kita g
10-13hbSo, korangla buat pilihan.