Bersama beberapa Kepimpinan Pengakap

Posted by oscar | Posted in | Posted on 9:22 PM

Wajah Pengakap-pengakap bersama Kepimpinan Tertinggi

dengan Tn Hj Yaakob

Dato Shafie

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pak Lah

Bersama Air Scout

Menuju Puncak

Posted by oscar | Posted in , | Posted on 8:56 PM


Akhirnya sampai di Puncak!!
Taklah tinggi sangat, sekitar 900 meter lebih. Tapi disebabkan struktur geografi yang mencabar, sudut ketinggian sekitar 60-70 darjah, so menyebabkan hampir 2jam baru sampai. Yang tak bestnye, ada yang gayat nak panjat batu kat puncak, itula klimax dia. Rugi betul!!

Kenangan JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE

Posted by oscar | Posted in , | Posted on 7:44 PM

Pintu Gerbang [buluh ehsan sedekah kontigen lain. =( ]

NOVEMBER 2009 : Pertama kalinya SM Teknik Segamat menghatar wakil ke International Jamboree. Walaupun ramai yg joined bukan ahli Pengakap 84 kerana faktor kewangan, namun sejak kehadiran mereka telah banyak mengubah corak berpengakap di dalam Pengakap 84 itu sendiri. Kehadiran Girl Scout banyak membantu dalam hal2 QM dan masakan selain hal kebajikan dan kebudayaan. Kerana itulah Techsmat Rovers ditubuhkan bagi menjadi platform mereka yang berminat dalam pengakap.

Dalam kenangan..

En Azrizal dan En Suhaimi

Lawatan ke Tg Piai (penghujung semenanjung)

Jambatan Gantung Pulau Kukup

Perjalanan air ke Pulau Kukup

Penternakan Belangkas

Mula2 nak masak mcm seronok. Pastu setiap saat bergaduh je. Pompuan, pompuan..

Penyerahan Bendera kontigen Segamat oleh En Maharun (pemangku DC) kepada En Hairulamir (penolong Ketua Kontigen)


Pesilat2 dan penari2 poco-poco sebelum pertandingan persembahan di Malam Kebudayaan yang menyaksikan lebih 2 ribu penonton setiap malam. Sume buat persembahan muka tonyok jer.

Pengakap 84 (batch 2007/08)

Posted by oscar | Posted in | Posted on 7:09 PM

Inilah batch Pengakap 84 terakhir sebelum kewujudan Techsmat Rovers. N dorang ni juga yang menimbulkan idea menubuhkan Pengakap Kelana bagi SM Teknik Segamat. Walaupun Techsmat Rovers telah wujud pada tahun ini, namun ia ditubuhkan secara tidak rasmi kerana keahliannya masih di bawah umur 18 tahun. Namun dijangka pada tahun 2010, Techsmat Rovers akan dapat dirasmikan malah dapat menerajui aktiviti Pengakap Kelana di daerah Segamat apabila separuh daripada Pengakap Remaja 84 sekarang bakal didaftarkan sebagai Kelan a pada awal tahun hadapan dengan program terawal ialah mempergiat dan membangunkan semula Wisma Pengakap dan Tapak Perkhemahan di Segamat.
Hidup Techsmat Rovers !!!!

Bekas ahli-ahli Pengakap 84 dipelawa untuk menyertai Pengakap Kelana Techsmat Rovers pada tahun hadapan (2010). Sila berhubung dengan En. Hairulamir untuk tindakan lanjut.